Boleh Didakwa Jika Mertua Ataupun Ipar Masuk Campur Hal Rumah Tangga, Peguam Ini Jelaskan Kenapa-.

Boleh Didakwa Jika Mertua Ataupun Ipar Masuk Campur Hal Rumah Tangga, Peguam Ini Jelaskan Kenapa-.
Adat berumah tangga, pergaduhan kecil adalah lumrah bagi sepasang suami dan isteri sesuai dengan pepatah Melayu kita, ‘Sedangkan lidah lagi tergigit’. Apa yang penting ada rasa tolak ansur antara satu sama lain.

Lain pula jadi jika terdapat campur tangan dari pihak ketiga yang akan panaskan lagi keadaan, contohnya ahli keluarga. Macam mana kita nak kawal situasi ni jika berlaku? Nak tegur rasa berat pula, ibarat ‘telan mati mak, luah mati ayah’.

Mengeksplorasi Twitter seorang peguam syariah, Hafidzah Hassan (gamabr), beliau kongsikan akta atau peruntukan dalam mahkamah syariah jika terdapat individu yang menghalang suami atau isteri dari melakukan tanggungjawab mereka.

Ikuti perkongsian di bawah.

Peruntukan bagi mereka yang menghalang tanggungjawab suami isteri
Suami anda dah berapa lama tak pulang ke rumah. Ada kerja, sibuk, singgah umah mak dia, tengokkan adik ipar di hospital, dan akhirnya tak balik langsung.

Siasat punya siasat rupanya mak mertua tak suka anda. Dan hasut anaknya kahwin lain. Tak balik rumah. Dan maki hamun bila anda datang dan minta dia pulang.

Atau suami tu ada kekasih lain. Dan tinggal serumah. Wanita tu tak bagi dia balik dan suruh suami anda pilih “aiiii atau diaaaa????” “Kang i terjunnn i terjunnn haaa” gitu.

Apa nak buat?

Terdapat peruntukan dalam mahkamah syariah bagi mana-mana orang yang menghalang suami/ isteri menunaikan tanggungjawab mereka/ mengabaikan keluarga mereka.

Hak ini diberikan kepada pendakwa syarie dan bukannya tuntutan saman ganti rugi sivil memandangkan hal keluarga Islam termasuk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Jadi anda perlu laporkan, sertakan bukti bukti dan pendakwa syarie akan melihat sekiranya perkara tersebut adalah membentuk perlakuan jenayah syariah. Dan pihak yang menghalang suami pulang, halang beri nafkah, dll boleh didakwa.

Mak mertua, kakak ipar, abg saudara, bini no 1 ke 2 ke 3 ke, semua boleh didakwa. Kesimpulan jangan masuk campur hal rumah tangga orang.

Tapi kalau ada domestik violence/ lain-lain sebab buat tindakan wajar dan failkan tindakan sesuai bagi menjaga hak dan kepentingan masing masing.


Sumber:SIAKAP KELI