[Terkini] Tahniah! Neelofa Selamat Bersalin Cahaya Mata Pertama, Namakan Anak Muhammad Bilal.

PETALING JAYA – Selebriti terkenal Neelofa selamat meIahirkan putera sulung lelaki pada Sabtu lalu.

Anak sulung yang diIahirkan di sebuah hospital di ibu negara itu diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan suaminya Haris.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Puji dan syukur kami pnjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” katanya.

Tambah Haris, dia turut mem0hon agar semua menitipkan doa bagi kesejahteraan isteri dan zuriatnya.

“Sebagaimana kalian mend0akan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pngkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya lagi.

Sementara itu laman sosi4l Neelofa dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan kesejahteraan ibu dan anak.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Sejak Julai tahun lalu, berita mengenai kehamiIan Neeofa hangat diperkatakan umum, namun pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu kekal dengan pendirian untuk tidak berkongsi lanjut mengenai sta tus kndungannya.

Antara pendekatannya yang menarik perhatian ramai adalah lebih baik berkongsi tentang keIahiran berbanding kehamilan.

Sumber: K! ONLINE