[VlDEO] “Balik SekoIah Terus Masuk Office”- Tak Sibuk Brcinta, PeIajar Dipuji PuIun Kumpul DUlT

[VlDEO] “Balik SekoIah Terus Masuk Office”- Tak Sibuk Brcinta, PeIajar Dipuji PuIun Kumpul DUlT

Ketika segelintir remaja seusianya sakan bercinta, tidak bagi seorang gadis ini yang mempunyai sentiasa berusaha gigih bagi mencapai matlamat sehingga berjaya.

Perkongsian rutin hariannya di aplikasi TikT0k membuka mata orang ramai bahawa sesuatu kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai kerana perlu meng0rbankan masa serta tenaga.

Gadis dikenali sebagai Jannatul itu memuat naik video memaparkan dirinya sibuk menguruskan perniagaan pr0duk k0smetik selepas tamat sesi persekoIahan.

Umur bukan halangan untuk brjuang!

Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, dia yang mesra dipanggil Jann mengakui mempunyai tanggungjawab besar apatah lagi bertindak sebagai ‘leader’ bagi perniagaan tersebut.

“Rutin kehidupan seorang pelajar berbisnes, balik je terus masuk office. Memikul tanggungjawab besar, seorang leader dan juga budak SPM,” tulisnya.

Selain memberi bimbingan kepada pasukannya, Jann juga kadang-kala sempat menguruskan stok dan bungkusan pelanggan selain menjadi antara st0kis terbaik dengan jualan mencecah RM1 juta.

“Hari-hari wajib bagi bimbingan dan perkongsian untuk pelanggan dan team. Bungkus pesanan untuk pos dan COD. Alhamdulillah, dinobatkan top 10 sales,” k0ngsinya lagi.

Rakaman berdurasi 23 saat itu menerima 1.8 juta tontonan serta hampir 2,000 k0men pos1tif netizen yang kagum dengan kesungguhan Jann dalam mencari pendapatan sampingan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen berharap agar dia tidak leka atau mengabaikan pelajaran sekiranya terlalu fokus terhadap perniagaan.

Letih memang letih! Tapi bak kata peribahasa, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan? Harap segala usahanya berbaloi daripada pelbagai aspek.

Sumber: TikT0k @nrjnntl__, OMM